Anak Menteri Pendidikan dapat 9A dalam SPM

Anak Menteri Pendidikan dapat 9A dalam SPM

Dalam kesibukan tugasnya sebagai Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sempat meluangkan masa meraikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini, pagi ini.

Fadhlina yang menghadiri majlis pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sekolah itu, dilihat hanya duduk di tempat duduk ibu bapa dan bukannya di kerusi tetamu kenamaan.



Thurayya Fadhilah, 18, yang juga pelajar di sekolah itu meraih keputusan 9A 2B+.

Secara keseluruhan, keputusan SPM 2022 bagi Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) lebih baik, iaitu 4.75 berbanding 4.81 pada SPM 2021, dengan GPN mengecil sebanyak 0.06 mata.

Seramai 17 calon atau 0.11 peratus daripada 15,102 keseluruhan pelajar menduduki SPM di WP Kuala Lumpur pada 2022 meraih pencapaian cemerlang tertinggi (Gred A+), dalam semua mata pelajaran, sekali gus meningkat 0.04 peratus berbanding 2021.

Berita lanjut menyusul



Anak Menteri Pendidikan dapat 9A dalam SPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi



Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti



Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker