Ketua polis daerah perlu hindar sikap buruk
Ketua polis daerah dinasihatkan menghindari sikap buruk yang menonjolkan sifat angkuh, sebaliknya menerapkan nilai murni dan memberi keutamaan kepada pelanggan.
Ketua polis daerah perlu hindar sikap buruk
Ketua polis daerah diseru berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan memberi keutamaan kepada memudahkan urusan dan mengurangkan birokrasi.
Ia disuarakan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dalam perhimpunan bulanan ketua polis negara anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman.
Acryl Sani menasihati semua ketua polis daerah menghindari sikap buruk yang menonjolkan sifat angkuh, sebaliknya menerapkan nilai murni serta memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan, sama ada orang ramai atau warga polis.
“Cabaran yang paling getir ketika ini adalah untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap polis yang semakin hari semakin dilanda pelbagai bentuk krisis imej yang tidak menyenangkan.
“Elemen kepantasan, ketepatan dan ketelusan dalam perkhidmatan kepolisan khususnya dalam siasatan kes, amatlah dituntut oleh masyarakat ketika ini,” katanya.
Semalam, media melaporkan seorang ketua polis daerah di Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta.
Beliau berkata, banyak yang perlu diperbaiki dalam proses siasatan dan kegagalan pegawai penyiasat melaporkan perkembangan kes akan menyebabkan pengadu membuat aduan kepada pihak lain seperti pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik dan media, selain menggunakan media sosial. FMT
Ketua polis daerah perlu hindar sikap buruk
Baca Artikel Menarik:
- Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan
- Linda Rafar pandai mengurut
- Azhar Sulaiman risau Leona jadi macam Aliff Syukri
- KJ yakin UMNO dibawah Zahid akan ‘bungkus’ dalam PRN di 6 negeri
- Annuar Musa ‘serang’ UMNO
- Disangka hilang tengah malam, suami rupanya sidai baju
- Wolverine pupus lebih 100 tahun dilihat di California
- Polis belasah isteri, rosakkan kereta kerana cemburu
- Khairy Jamaluddin rancang tubuh parti baharu
- Menyamar polis kejar kenderaan, PDRM buru 3 lelaki
- Dulu Zul kini bakal bergelar Haji Zul
- Netizen minta rahsia ketiak putih Yasmin Hani
- Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]
- Kejam! Kucing mati dijerut dawai, digantung pada bingkai tingkap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai
Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]
Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu
Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara
You must be logged in to post a comment.