PAS pertahan isu P Pinang milik Kedah di Dewan Rakyat

PAS pertahan isu P Pinang milik Kedah di Dewan Rakyat

PAS akan mempertahankan isu Pulau Pinang milik Kedah dalam persidangan Dewan Rakyat, kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

“Tengok soalan esok,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Publika semalam.



Menurut Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) esok, isu kenyataan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang Pulau Pinang milik negeri itu akan diutarakan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Dalam soalan pertama MQT, Guan Eng bertanya apakah tindakan kerajaan ke atas gesaan Sanusi, bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah.

Guan Eng dalam soalan itu berkata, kenyataan tersebut memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan negara.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS berpendirian tiada sebab untuk Sanusi dikenakan tindakan berhubung kenyataan tersebut.



“Kenapa ada tindakan disiplin, bukan menjadi kesalahan, tak jadi satu kesalahan.

“Malahan yang memutar-belitkan kenyataan menteri besar Kedah kita anggap sesuatu yang tak wajar,” katanya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pada 2017, bekas exco Kedah bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) pernah menyatakan perkara sama iaitu Pulau Pinang milik negeri itu.

“Exco Kedah bawah BN, dia kata bahawa ikut rekod sejarah dan dokumen perundangan, Pulau Pinang adalah hak milik Kedah, adalah asas, bukan benda baharu.



“Perkara ini jadi perbahasan akademik di pelbagai peringkat,” katanya.

Pada 30 Mei lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, menyifatkan kenyataan Sanusi tidak berasas. FMT

PAS pertahan isu P Pinang milik Kedah di Dewan Rakyat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam



Shahida pernah lari rumah tidak tahan dengan perangai Aliff Syukri

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker