Warga emas berat 150kg dibawa turun dengan cadar oleh 6 anggota bomba

Lelaki warga emas yang mengalami masalah obesiti terpaksa diusung enam anggota bomba dan kakitangan kesihatan untuk turun dari tingkat satu kediamannya di sebuah kawasan perumahan do Wakaf Bharu, di sini.

Lelaki berusia 79 tahun dengan berat lebih 150 kilogram (kg) itu yang menghidap kencing manis, diusung menggunakan cadar berikutan kesukaran untuk membawa pengusung bagi operasi berkenaan.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Lizan Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12 tengah hari tadi dari pejabat kesihatan untuk memberi bantuan khas.

“Difahamkan lelaki warga emas itu terlantar akibat kencing manis dan obesiti yang menyebabkan kakitangan kesihatan sukar membawa mangsa turun dari tingkat atas rumahnya.

“Kami menggunakan cadar untuk mengusungnya turun menggunakan tangga sebelum diletakkan di atas pengusung.

“Dia seterusnya disorong masuk ke dalam ambulans untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu. Operasi keseluruhannya mengambil masa selama 20 minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker