Remaja ditahan polis, ugut sebar gambar lucah rakan facebook

Gambar Hiasan

Remaja perempuan ditahan selepas disyaki mengugut seorang wanita untuk menyebarkan gambar lucah di Taman Seri Nilai, Tangkak, semalam.

Pemangku Ketua Polis Tangkak, Idris Abdul Rahman, berkata suspek berusia 17 tahun diberkas kira-kira 4 petang semalam susulan laporan dibuat wanita terbabit di IPD Tangkak Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek menggunakan Facebook milik individu lain untuk mengugut menularkan gambar lucah wanita berusia 20 tahun itu jika gagal menyerahkan sejumlah wang.

“Kejadian berlaku selepas mangsa mengenali suspek melalui Instagram bermula 28 Jan lalu. Sejak itu, wanita berkenaan menyerahkan RM27,000 kepada suspek melalui 32 transaksi dan tiga akaun berlainan selepas suspek terus mengugutnya,” katanya menurut Harian Metro.



Beliau berkata, ugutan terakhir suspek pada 11.20 malam Rabu lalu apabila meminta wang RM600 menyebabkan mangsa nekad memberitahu ibunya berhubung perkara itu sebelum membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati mangsa tidak pernah bertemu secara bersemuka dengan suspek.

“Ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah telefon beserta kad sim, sekeping kad bank dan wang tunai berjumlah RM152 daripada suspek,” katanya.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh



Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam



Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker