Pasar awam berusia 50 tahun akan dinaik taraf
PETALING JAYA: Pasar awam berusia lebih 50 tahun diberikan keutamaan untuk melaksanakan pembangunan semula, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Nga berkata, langkah itu mengambil kira faktor keselamatan dan keselesaan memandangkan kebanyakan pasar awam di negara ini berada dalam keadaan usang dengan masalah bumbung bocor dan banjir.
“Mana-mana pasar berusia 50 tahun ke atas, saya akan beri keutamaan sama seperti balai bomba sama ada dinaik taraf atau bina semula.
“Ini kerana setiap bangunan ada hayatnya dan had umur (akan usang), samalah dengan pasar jadi adalah perlu untuk kita beri keutamaan dan pertimbangan sewajarnya,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke Pasar Awam Ayer Tawar dekat Beruas, Perak.
Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, antara pasar lama yang menerima pembangunan semula di Perak adalah Pasar Awam Pasir Pinji yang berusia 62 tahun menerusi peruntukan RM12 juta.
Selain itu katanya, kementerian juga menaik taraf Pasar Taiping iaitu premis pasar tertua di Malaysia yang dibina sekitar tahun 1880-an sebagai Pasar Warisan Negara.
“Pasar ini (Pasar Taiping) sedang dalam pembinaan dan saya dah sarankan supaya siap menjelang tahun hadapan bersempena sambutan ulang tahun 150 bandar Warisan Taiping,” katanya.
Dalam lawatan itu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut meluluskan peruntukan RM5.48 juta kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Kampung Baru Cina meliputi 24 projek menaik taraf dan penyelenggaraan.
Jumlah itu termasuk peruntukan RM3.5 juta bagi kerja meruntuh dan membina semula Pasar Awam Ayer Tawar yang beroperasi sejak 1973.
Nga berkata, pembangunan pasar awam berkenaan mengambil kira Indeks Bangunan Hijau dan penggunaan tenaga solar yang lebih moden dan selesa.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
- Pewaris sifatkan kenyataan MB Kedah ‘terlalu cerdik’
- Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil
- Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?
- Aksi Jihan Muse Ajar Anak Mengaji Al-Quran Buat Netizen Teruja (Video)
- Pergi rawat sihir, sudahnya kena cabul
- Datuk Tiri ‘Ratah’ Cucu Berusia 6 & 7 Tahun
- Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
- Polis tolak saya sambil acu pistol, arah saya ambil beg di hujung katil – Ismahalil
- PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan
- Lelaki warga emas cuba jual telefon untuk beli beras, buat netizen menangis [VIDEO]
- Kedudukan ringgit zaman Najib lebih baik, Rafizi tolak rakyat bandingkannya dengan keadaan semasa
- Salah ke saya bercinta dengan suami orang?
- Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh
Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam
You must be logged in to post a comment.