Mandi di Sungai Putat, dua remaja lelaki lemas

JERANTUT – Kegembiraan tujuh remaja mengisi waktu cuti sekolah dengan mandi di sungai berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di Sungai Putat, berhampiran Padang Piol, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, berdasarkan siasatan mangsa Muhamad Safwan Mohamad Zamri dan Mohamad Hanapi Romzi yang berusia 13 tahun bersama lima rakannya mandi di sungai berkenaan pada pukul 11 pagi.

“Selesai mandi rakannya mengajak kedua-dua mangsa pulang tetapi kedua mangsa tidak mahu pulang dan terus mandi di sungai tersebut.



“Kira-kira pukul 4 petang rakan mangsa telah pergi ke rumah salah seorang mangsa tetapi diberitahu keluarganya mangsa masih belum pulang,”katanya, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, bapa mangsa yang bergegas ke sungai berkenaan dan mendapati selipar dan baju kedua-dua mangsa masih berada di tepi sungai cuba mencari mangsa di kawasan sekitar tetapi tidak menjumpai mangsa.

Justeru katanya, penduduk bersama anggota polis dan bomba melakukan operasi mencari dan menemukan kedua mangsa di sungai berkenaan kira-kira pukul 5.40 petang dan dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jerantut dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 5.07 petang



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh



Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam



Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker