Anwar bidas Haji Hadi, perkiraan politik Hadi jumud

Anwar Ibrahim menganggap dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai kedudukan ahli parlimen Melayu dalam kerajaan merupakan perkiraan yang “tidak betul.”

Menurut perdana menteri untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil ia tidak bergantung kepada jumlah ahli parlimen mana-mana etnik di parlimen sebaliknya dasar yang dilaksanakan.

Bahkan Anwar juga menganggap menilai kestabilan kerajaan dengan hanya bersandarkan kepada faktor bangsa adalah pertimbangan yang jumud.

“Dia (Abdul Hadi) punya kiraan tak betul… yang penting bukan soal jumlah majoriti Melayu, (sebaliknya) yang penting dasar, di mana dasar yang (sebelum ini) kita tinggalkan Melayu, yang kita khianati orang Melayu, kita curi harta Melayu, curi saham, curi projek-projek.

“Ini yang kita (sekarang) tekankan, jangan guna naratif kolot dan jumud,” katanya.

Perdana menteri turut bertanya jika ada mana-mana pihak boleh menunjukkan bukti kerajaan sekarang mengabaikan dasar mengenai Islam, budaya dan seni.

Katanya Malaysia didiami oleh rakyat yang berbilang kaum namun kerajaan tekal menjaga kedudukan Islam kerana ia akan menjamin keamanan negara.

“Justeru saya tak cenderung untuk rakyat dipesongkan dengan sentimen begini (seperti didakwa Abdul Hadi),” katanya kepada media selepas merasmikan pameran Oriental Paintings di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur hari ini.

Beberapa hari lalu Abdul Hadi mendakwa kerajaan persekutuan hari ini tidak sesuai untuk memerintah kerana dikuasai bukan Melayu, berbeza daripada PN yang disertai PAS bersama beberapa parti lain.

Menurut Anwar kejayaan kerajaan ialah apabila ia mampu mempertahankan perlembagaan, meningkatkan martabat Islam, bahasa dan budayanya, serta membasmi kemiskinan.

Turut diberi penekanan, kata ahli parlimen Tambun itu, ialah keharmonian kaum.

“Paling utama ialah kita menghentikan amalan menggunakan kuasa dan kedudukan untuk merompak harta rakyat.

“Ini yang patut ditekankan oleh parti dalam kerajaan perpaduan dan pembangkang,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan baru membabitkan hubungan dua bekas perdana menteri – Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin – untuk bekerjasama, Anwar kelihatan tidak berminat memberikan penekanan serius.

“Tak apa. Dia dah letih,” katanya.

Pagi tadi, Muhyiddin membuat kenyataan umum dengan menyambut baik kesediaan Mahathir kembali bekerjasama dengannya setelah kedua-dua mereka berselisih faham kesan daripada Langkah Sheraton pada Feb 2020.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, dia secara peribadi bersetuju bekerjasama dengan semua tokoh Melayu-Islam termasuk Mahathir demi “perjuangan membela agama, bangsa dan negara.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker