5 gadis dihalau pemandu e-hailing gara-gara ingin ‘berjimat’ [VIDEO]

 

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing menghalau lima orang gadis daripada menaiki keretanya kerana telah melebihi had penumpang yang dibenarkan.

Melalui satu video tular di media sosial ketika ini, pemandu tersebut terus menghalau lima gadis terbabit selepas didapati melebihi had penumpang.

“Keluar-keluar, mana boleh macam ni, saya dah ‘cancel’ (batal) tempahan. Keluar, nanti tempah kereta besar sikit,” jelas pemandu tersebut.

Rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut dan berpendapat tindakan mereka menempah kenderaan e-hailing yang kecil kerana ingin berjimat.

“Pakai telefon mahal, ‘order’ kereta kecil, tak kan mereka tak boleh fikir. Nak jimat sangat. Terbaik la abang ni,” jelas seorang pengguna media sosial.

“Itu ajar dia, bergaya tu sakan sangat. Dah habis duit lah tu minum kopi mahal. Biar jadi pengajaran sikit.

“Kita dah dapat kemenangan pertama, biasanya wanita ni tak pernah kalah,” kata Aimini Rashad. – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker