Tuntut Google, Meta bayar media tempatan, kerajaan perlu segera buat kajian RUU
Tuntut Google, Meta bayar media tempatan, kerajaan perlu segera buat kajian RUU
Kerajaan perlu segera membuat kajian menggubal rang undang-undang termasuk mengeluarkan mekanisme menuntut syarikat gergasi teknologi seperti Google dan Meta membayar kandungan hasil syarikat media tempatan.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, berkata kerajaan perlu jelas dan konsisten bagi memastikan RUU itu tidak dapat dipertikai agar industri dapat terus bertahan.
Menurutnya, pelaksanaan cukai kepada penyedia platform enjin carian dilihat dapat membantu industri media tempatan menjana pendapatan, sekali gus menjadi pemangkin ke arah pemerkasaan industri media yang lebih relevan.
“Inisiatif (RUU) ini bagus, sebab apabila menggunakan saluran itu, kita tahu mereka ini adalah syarikat transnasional (TNC) yang menjangkau batas dan sempadan. Apabila kerajaan umum, ia akan membantu secara tidak langsung kepada agensi media tempatan memperoleh semula pendapatan mereka.
“Begitu juga dengan pelaksanaan cukai antarabangsa yang dikenakan ke atas mereka. Cuma, polisi percukaian ini pula tindakannya perlu jelas. Perlu ada pelan supaya pelaksanaannya tidak mendatangkan masalah pada masa akan datang,” katanya memetik Utusan Malaysia.
Namun, RUU digubal Malaysia untuk menuntut bayaran kandungan berita itu berisiko menjadi tindak balas terhadap kerajaan, justeru ia bukan perkara mudah kerana boleh berlaku implikasi terhadap entiti gergasi terlibat seandainya mereka enggan membayar.
“Kena lihat apakah ia memberi kesan jangka panjang kerana syarikat-syarikat besar ini ada hak sama ada mahu terus bersama kita (syarikat media tempatan) atau tidak.
“Sejauh mana sokongan mereka terhadap kerajaan dan syarikat media kita? Tiada masalah kalau mereka sokong dan mahu membantu kita. Adakah kita sendiri sudah bersedia memainkan peranan sebagai pemain aktif dalam sistem ini?” soalnya.
Pada sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh, kelmarin, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital sedang meneliti permintaan industri media tempatan supaya membantu mereka mendapatkan semula hasil perbelanjaan pengiklanan (Adex) yang ketika ini dibolot secara tidak adil oleh syarikat gergasi teknologi antarabangsa.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, negara dan syarikat media tempatan dijangka memperoleh keuntungan ‘amat besar’ menerusi bayaran kandungan berita dan cukai itu. FMT
Tuntut Google, Meta bayar media tempatan, kerajaan perlu segera buat kajian RUU
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum