RCI buku Tommy, apakah wujud halangan dari dalam?
Puad soal lewat tubuh RCI buku Thomas
RCI buku Tommy, apakah wujud halangan dari dalam?
Seorang pemimpin Umno mempersoalkan kelewatan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kontroversi buku tulisan Tommy Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness”.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, berkata tidak mungkin Pejabat Peguam Negara tidak efisien, tambahan Putrajaya sudah bersetuju dengan penubuhan RCI itu pada Januari lalu.
“Apakah wujud halangan dari dalam? Semoga tidak wujud konspirasi dan kedegilan,” kata Puad di Facebook.
Pada 22 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said memberitahu Parlimen, RCI Tommy Thomas belum lagi ditubuhkan.
“Perkara ini dalam perincian dan tindakan lanjut oleh pihak BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), JPM (Jabatan Perdana Menteri) sebelum diangkat ke Jemaah Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen menjawab Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut).
Buku tulisan Thomas yang diterbitkan pada Januari 2021 itu mengundang kritikan beberapa pihak, termasuk Peguam Negara Idrus Harun, peguam, ahli politik, dan masyarakat awam, sehingga kepada beberapa laporan polis.
Antara lain, Thomas mendakwa dalam bukunya bahawa beliau ada mengadakan perbincangan bersama bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, ketika kedua-duanya dalam kerajaan, dalam melantik ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Justeru, Puad menggesa Jabatan Pendakwaraya dan Jabatan Peguam Negara segera dipisahkan.
“Rakyat tidak mahu Malaysia dilanda ‘terkejut beruk’ 2.0,” katanya. FMT
RCI buku Tommy, apakah wujud halangan dari dalam?
Baca Artikel Menarik:
- Misteri Bezza FF2 terjawab
- Sokong calon DAP atau hilang kuasa, Umno diberitahu
- Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
- Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli
- Tang mana ‘untold’?
- ‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran
- PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?
- Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini
- Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental
- Tikam rakan kerana skandal dengan isteri
- Baby Shima diminta ‘berehat’
- Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?
- Dikecam bagi isteri beranak lagi, Ini jawapan balas Fizo Omar
- Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar
Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39
Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online