Ingatkan Tunku Azizah tadi

Ingatkan Tunku Azizah tadi

KUALA KANGSAR: Wanita warga emas di Taman Bunga Raya di sini, mendapat perhatian netizen apabila wajahnya dikatakan seiras Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Wajah pengusaha rendang tok Nora Aishah Ibrahim, 62, dikatakan hampir seiras seperti baginda oleh segelintir netizen di TikTok, malah ada yang mengakui terkejut melihat wanita itu yang pernah muncul dalam satu rancangan memasak dalam talian, baru-baru ini.

Nora Aishah atau lebih mesra disapa Kak Cik memberitahu agak segan pada mulanya apabila dikatakan mempunyai wajah seiras Raja Permaisuri Agong dan pada masa sama turut gembiran dengan pandangan orang ramai itu.

“Tidak dinafikan ramai juga termasuk pelanggan dan ahli keluarga cakap wajah saya seiras baginda. Saya segan sebenarnya, tetapi saya anggap itu pandangan orang dan penghargaan buat saya.

“Ada orang cakap mungkin nampak seiras kerana saya juga memakai cermin mata dan gaya memakai tudung.

“Saya memang suka gaya ringkas sejak dahulu lagi terutama kalau memakai tudung bawal,” kata ibu kepada tiga anak itu ketika dihubungi.

Berhubung video TikTok, Kak Cik yang mengusahakan rendang tok kambing, ayam dan daging yang dimasak dengan dapur kayu itu berkata, anaknya berkongsi video terbabit hanya suka-suka kerana ramai individu meninggalkan komen yang wajahnya seiras baginda.

“Ramai yang komen cakap wajah kami seiras dan ada yang mahu melihat dari sudut hadapan, jadi anak kongsikan video saya.

“Kalau ada rezeki saya teringin berjumpa baginda kerana memang suka melihat baginda yang berjiwa rakyat dan berasa dekat di hati.

“Malah, saya mengagumi baginda yang mencemar duli memasak (untuk mangsa banjir) ketika banjir dahulu,” katanya. BH

Ingatkan Tunku Azizah tadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker