Chong Wei peluk Pearly untuk menenangkannya

Chong Wei peluk Pearly untuk menenangkannya

Tindakan Datuk Lee Chong Wei menenangkan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan selepas kekalahan dia dan pasangannya, M Thinaah di final Masters Malaysia, semalam mencuri perhatian warganet.

Pada aksi final yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil itu menyaksikan Pearly-Thinaah yang berjuang habis-habisan terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na, Lee Soo Hee 20-22, 21-8, 17-21.



Menerusi video yang dikongsikan di Facebook rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam, Chong Wei dilihat cuba menenangkan Pearly yang mengalirkan air matanya susulan kekalahan berkenaan sambil memeluk pemain berusia 23 tahun itu.

Tindakan Chong Wei itu mendapat mendapat maklum balas positif oleh warganet yang memuji tindakan yang dilakukan bekas pemain nombor satu dunia berkenaan.

Setakat jam 1.30 tengah hari tadi, video berkenaan sudah ditonton 144,000 pelayar internet, 8,300 tanda suka, 412 perkongsian dan mendapat 373 komen. BH

Chong Wei peluk Pearly untuk menenangkannya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar



Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39



Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker