Tak sempat bersanding, bakal pengantin maut semasa proses sedut lemak

TAIPEI – Seorang bakal pengantin meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinannya selepas pembedahan sedut lemaknya mengalami kegagalan, lapor laman berita  Wolipop kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin, pergi ke Klinik Kecantikan dan Estetik Perubatan Fuzhneyan di wilayah Datong, Taipei sehari sebelum berkahwin pada 17 Ogos lalu.

Lin dijadualkan menjalani rawatan sedut lemak di bahagian lengan dan perutnya menerusi prosedur selama lima jam.



Dia yang ditemani tunang di klinik itu bagaimanapun berdepan komplikasi yang teruk semasa proses tersebut.

“Saya melihat petugas klinik keluar masuk dewan pembedahan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Lin sudah meninggal dunia.

“Mereka cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan namun tidak berjaya,” kata tunangnya.

Keluarga Lin dan tunangnya mengugut untuk menyaman klinik berkenaan atas dakwaan kecuaian perubatan,  namun laporan bedah siasat mengenai punca kematian masih belum disiapkan oleh pihak berkuasa. – Agensi



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker