Mangsa scammer akan dapat wang kembali, kerajaan putuskan untuk pinda Tatacara Kanun Jenayah
Kerugian yang dihadapi mangsa scammer bukanlah satu jumlah yang sedikit tetapi melibatkan jutaan ringgit.
Lebih menyedihkan, apabila peluang untuk mendapatkan kembali wang tersebut sangat tipis malah ada dalam kalangan antara mereka hanya mampu berputih mata.
Sudah ramai menjadi mangsa tidak kira latar belakang serta kerjaya sehinggakan golongan cerdik pandai turut berjaya ditipu oleh kumpulan sindiket itu.
Susulan kekerapan kejadian tersebut, kerajaan mengambil inisiatif baharu dengan meminda Kanun Tatacara Jenayah.
Ia bagi membolehkan wang yang ditipu oleh scammer dipulangkan lebih awal kepada mangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.
“Saya setuju ia (kes) sekarang ini akan mengambil masa, ramai (mangsa) merayu (wang dipulangkan) kerana kes (dalam) mahkamah akan berlanjutan.
“Oleh demikian, apa diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (dana yang dicuri) kepada mangsa disegerakan dengan syarat bon disediakan sementara kes (di mahkamah) dijalankan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu jelas memberi nafas baharu kepada mangsa scammer.
Jika sebelum ini tiada sebarang harapan namun sekarang, ia mula menampakkan titik cahaya di hujung terowong memandangkan usaha kerajaan itu mungkin membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan kembali wang yang sudah ditipu.
Contohnya, Pesara swasta, Megat Abdullah, 55 melahirkan rasa syukur kerana segala masalah berkaitan penipuan itu akhirnya menemui jalan penyelesaian walaupun mengambil masa.
Sementara itu Seorang lagi mangsa, suri rumah, Azura Adnan, 38 berkongsi pandangan dan berpendapat, ia adalah satu rezeki buat dirinya dan keluarga jika wang dilaburkan itu dapat dikembalikan.
“Saya sudah teruskan kehidupan dan reda dengan apa yang berlaku,” ujarnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal
You must be logged in to post a comment.