Pandemik baharu, kekebalan kelawar mampu ‘selamatkan’ manusia – Pakar Penyakit

kekebalan kelawar  yang ‘kebal Covid’ berpotensi menjadi ‘kunci’

Seorang pakar mendakwa bahawa kekebalan kelawar  yang ‘kebal Covid’ berpotensi menjadi ‘kunci’ untuk menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia sekiranya tercetusnya wabak baharu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Apabila pandemik Covid-19 menular pada Mac 2020, segelintir pakar menganggap virus itu berasal dari sebuah makmal China atau kelawar yang dijual di pasar Wuhan.

Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti College Dublin, Emma Teeling berkata, kelawar berpotensi ‘mengajar manusia banyak perkara mengenai cara melawan penyakit’.

“Kelawar ladam dari Benua Asia dianggap punca asal virus itu sebelum berkembang menjadi Sars-CoV-2. Ia bermutasi apabila menjangkiti spesies mamalia pertengahan.

“Apabila haiwan-haiwan lain dijangkiti virus itu di pasar, virus asal bertukar menjadi agen yang boleh merebak melalui manusia dan mencetuskan wabak Covid-19,” katanya.

Menurut Teeling, timbul persoalan bagaimana kelawar sendiri tidak dijangkiti penyakit tersebut dan dakwanya, perkara itu disebabkan oleh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu.

“Sepanjang tempoh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu, kelawar memodulasi sistem imun supaya tindak balasnya menjadi lemah.

“Akibatnya, ia boleh menjadi pembawa virus tanpa mengalami reaksi berbahaya,” tambahnya.

Teeling mendakwa kelawar tidak menularkan Covid-19 kepada manusia, sebaliknya manusia yang mengganggu kehidupan haiwan itu.

Dia turut memberi amaran bahawa manusia perlu bersedia untuk satu lagi wabak dan kajian terhadap sistem imun kelawar merupakan satu kaedah utama untuk berdepan dengan wabak itu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker