Sokong UMNO pangkah DAP, naratif atau relaiti?
5 daripada 10 ahli UMNO diramal tak sokong DAP
Pengundi UMNO dijangka sukar untuk memberikan undi kepada calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, ramalan itu berdasarkan permusuhan antara UMNO-DAP yang sudah berlarutan sekian lama sebelum kedua-dua parti menjadi sekutu di bawah Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, hanya sekitar lima atau enam daripada 10 pengundi UMNO di satu-satu kawasan dijangka memangkah calon DAP pada PRN nanti.
“Ini kerana yang menampakkan kesungguhan untuk saling menyokong setakat ini adalah pemimpin peringkat atasan sahaja.
“Namun di peringkat bawahan (akar umbi) mungkin akan wujud protes sebab permusuhan kedua-dua parti ini sudah berlaku terlalu lama selain kita belum nampak kecenderungan pengundi UMNO untuk bergerak bersama DAP dan menyokong calon yang ditetapkan,” katanya kepada Sinar Ahad.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Jumaat mengajak pengundi UMNO di enam negeri untuk memilih calon DAP di kawasan masing-masing pada PRN nanti demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.
Sivamurugan menjelaskan, sudah pasti akan ada pengundi yang menolak permintaan pemimpin namun ia perlu diminimumkan supaya akan mendatangkan keadaan menang-menang untuk UMNO dan DAP.
“Ia bukan sekadar untuk memenangkan DAP tetapi juga untuk menangkan UMNO kerana dalam kedudukan parti itu hanya ada 30 kerusi Parlimen sudah tentu mereka perlukan rakan strategik baharu khususnya untuk menarik sokongan bukan Melayu,” ujarnya.
Berikutan itu, Sivamurgan menegaskan satu ramuan mujarab perlu diguna pakai pemimpin UMNO-DAP untuk memastikan pengundi memberi undi kepada calon mereka.
“Antara ramuan yang boleh digunakan pertama, perlu memilih calon yang diterima dan dipersetujui bersama selain calon itu juga mesti mudah bekerjasama dan berkolaborasi.
“Kedua, agihan kerusi di satu-satu kawasan janganlah boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan ketiga perlu pastikan tidak ada sabotaj atau musuh dalam selimut,” beritahunya.
Beliau menjelaskan, pemimpin-pemimpin UMNO dan DAP juga perlu menyusun pergerakan jentera parti secara bersama supaya perpaduan yang wujud antara mereka jelas dapat dilihat pengundi dan bukan retorik semata-mata.
Mengulas lanjut berhubung seruan yang dibuat Ahmad kepada pengundi UMNO, Sivamurugan yakin kesemua pucuk pimpinan UMNO akan berbuat demikian supaya DAP akan turut sama menyokong UMNO.
“Malah kenyataan yang dikeluarkan beberapa pemimpin DAP juga membuktikan sokongan mereka terhadap UMNO termasuk kenyataan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke yang berharap UMNO akan menang besar dalam PRN nanti.
“Selain itu kehadiran pemimpin DAP di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menunjukkan mereka bersedia mengetepikan perbezaan,” tambah beliau.
Tegasnya, Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang wujud di bangunan WTC yang merupakan ibu pejabat UMNO-BN menampakkan usaha UMNO-DAP dan BN-PH cuba menebus titik persamaan dan meraikan perbezaan.
“Memandangkan UMNO-DAP berada dalam kerajaan yang sama, maka perpaduan itu bermula dengan usaha untuk mengukuhkan dan menyatukan sokongan supaya aliran sokongan itu menampakkan kesungguhan mempertahankan kerajaan perpaduan ini.
“Di peringkat atasan sudah jelas hubungan sesama mereka, maka pengundi peringkat akar umbi juga perlu bertekad untuk kukuhkannya, walaupun sukar tetapi tidak mustahil,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
You must be logged in to post a comment.