Shah Rukh Khan didakwa merasuah pihak berkuasa RM13 juta untuk selamatkan anak

Aryan Khan telah ditangkap dalam kes dadah dan menghabiskan selama hampir tiga minggu di penjara pada 2021. – Foto Agensi

Nama aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menjadi bualan di bibir peminat di India selepas dia didakwa memberikan rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan kes dadah melibatkan anaknya, Aryan.

SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Lebih mengejutkan, tangkap layar perbualan Sameer di aplikasi WhatsApp dipercayai bersama SRK mula tersebar di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Dalam perbualan tersebut, SRK menghantar mesej panjang lebar merayu agar nama anaknya digugurkan daripada siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran pada Oktober 2021.

Sesetengah pengguna media sosial percaya bahawa dakwaan tersebut adalah benar berdasarkan gaya hidup mewah ditampilkan Sameer selain kerap bercuti di luar negara dipercayai menggunakan wang rasuah.

Aryan, 25, ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.

Kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah oleh agensi itu menamakan 14 tertuduh dalam kes berkaitan tetapi menggugurkan enam yang lain termasuk Aryan kerana kekurangan bukti.

Pegawai dan anggota NCB menyerbu sebuah kapal persiaran pada 2 Oktober 2021 setelah dimaklumkan bahawa terdapat dadah di dalamnya.

Aryan antara beberapa orang yang ditangkap dalam kes itu dan menghabiskan masa selama hampir tiga minggu di dalam penjara sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Kes itu mendominasi tajuk utama dan perbualan di media sosial India kerana NCB mendakwa Aryan adalah penagih dadah dan juga membekalkan dadah yang diseludup. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker