Mat Maslan sahkan isu pewaris bayar cukai, kerajaan belum cadang pinda akta
Kerajaan belum bercadang untuk meminda Akta Cukai Pendapatan berhubung pentadbir atau pewaris harta kepada pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia untuk membayar cukai si mati.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sekiranya pindaan itu tidak dilaksanakan dikhuatiri rakyat akan kurang motivasi dan rasa tanggungjawab untuk membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Kita sudah bermesyuarat. Setakat ini kita mengekalkan. Belum ada pindaan apa-apa. (Namun) Kita berpandangan jika tidak dibuat begitu ada pihak tidak bertanggungjawab dan tidak bermotivasi untuk membayar cukai. Dia menunggu dirinya mati kerana apabila mati segala hutang tidak perlu dibayar dan selesailah segala hutang piutang dengan LHDN.
“Perkara itu sudah ada dalam akta dan LHDN memaklumkan jumlah yang dikenakan adalah jumlah pendapatan sehingga kematiannya yang perlu dicukaikan. Waris jika mempunyai keupayaan eloklah membayar cukai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Raya Penulisan Puisi Johor di sini pada Jumaat.
Pada 11 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Nizom Sairi dilaporkan berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati termasuk pengurusan cukai pendapatan.
Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.
Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia.
Ini susulan perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal
You must be logged in to post a comment.