Aplikasi pantau suami siapkan kerja rumah dijangka popular

Satu aplikasi yang direka untuk memantau pembahagian tugas harian dalam rumah untuk meningkatkan kesaksamaan jantina, lapor stesen penyiaran CNN.

Setiausaha Kementerian Kesaksamaan, Angela Rodriguez mengumumkan rancangan itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva Selasa lalu.

“Tinjauan mendapati wanita menghabiskan lebih banyak masa untuk menyelesaikan kerja rumah berbanding lelaki,” kata Rodriguez sambil menambah, aplikasi itu memerlukan setiap isi rumah merekodkan masa yang diluangkan untuk melakukan kerja rumah.

“Ini adalah perkara yang sangat mudah,” tambahnya sambil mendakwa bahawa aplikasi itu berfungsi sama seperti Splitwise yang membolehkan kumpulan berkongsi kos makan atau perbelanjaan lain.

Menurut kaji selidik oleh institut perangkaan kebangsaan Sepanyol yang diterbitkan pada Disember 2022, sejumlah 45.9 peratus responden wanita mengaku mereka melakukan sebahagian besar kerja rumah berbanding hanya 14.9 peratus lelaki.

Rodriguez menekankan bahawa semua jenis tugasan harian yang berbeza harus dianggap sebagai kerja rumah termasuk mencuci pinggan mangkuk.

“Semua tugas ini, beban mental ini, hampir selalu dilakukan oleh wanita. Itulah yang didapati menerusi tinjauan tersebut,” katanya.

Aplikasi yang dijangka tersedia menjelang musim panas ini bukan sahaja berguna untuk pasangan, tetapi untuk isi rumah yang terdiri daripada ibu bapa dan anak atau rakan serumah, tambahnya. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker