Ribut di Kulala Lumpur tumbangkan banyak pokok

Kejadian pokok tumbang selain kerosakan kenderaan dan rumah di beberapa lokasi sekitar ibu negara pada Jumaat susulan hujan lebat dan ribut.

KUALA LUMPUR – Kejadian pokok tumbang selain kerosakan kenderaan dan rumah di beberapa lokasi sekitar ibu negara pada Jumaat susulan hujan lebat dan ribut.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan pokok tumbang di 19 lokasi sekitar ibu negara setakat jam 8.12 malam tadi.

“19 lokasi itu termasuk Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Jinjang Aman 2, Jalan Kampung Padang Balang, Jalan Danau Saujana 1 Danau Kota, Jalan Sultan Ismail (Bukit Nanas), Jinjang Selatan, Astana Mont Kiara, PSN Raja Chulan dan Kampung Padang Balang.

“Selain itu, pokok tumbang juga dilaporkan di Jalan Dato Senu 26, Jalan Syed Putra, Jalan Stesen Sentral 2, Jalan Ipoh (SMK Batu Muda), Tasik Titiwangsa, Jalan Udang Kepal Segambut, Masjid Negara, Jalan Santan, Segambut dan Jalan 2/23D Danau Kota,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, APM turut menerima laporan kenderaan membabitkan kereta dan motosikal yang rosak selepas dihempap pokok tumbang.

Katanya, beberapa jalan turut terhalang akibat pokok tumbang.

“Tugas dan kerja mengalihkan pokok telah dijalankan,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker