Kerajaan Perpaduan jemput PAS berdamai, Fadhli Shaari mahu PN dilibatkan

Pemuda PAS kelihatan terbuka untuk menyahut salam perdamaian yang dihulurkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada parti berkenaan.

Namun dalam keterbukaan itu Pemuda PAS menegaskan ia mestilah turut membabitkan Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhan, bukannya dengan salah satu parti komponen gabungan terbabit.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata terma dan syarat perdamaian berkenaan pula boleh dibincang asalkan ia membawa manfaat kepada rakyat.



“Jika (ajakan) berdamai itu ialah dengan PAS, sudah tentu perlu ‘didamaikan’ juga dengan PN keseluruhannya. Apakah ‘term and condition’ perdamaian – ia boleh dibincangkan.

“Yang penting ia adalah untuk kebaikan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan perdana menteri berharap hubungan silaturahim dia dengan PAS termasuk presiden parti itu, Abdul Hadi Awang, dapat dijalinkan semula dalam usaha membina semula negara dan mengelak daripada kegagalan.

Berkongsi harapan tersebut, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin berkata hasrat murni Anwar itu disuarakan pada pertemuan bersama dua anak bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.



“Dalam pada perdana menteri bertanya khabar berkenaan perkembangan terkini berkenaan dua anak Tok Guru (Nik Abdul Aziz), selain itu perdana menteri ada menyebut berkenaan semangat persaudaraan antara beliau dengan ramai teman-teman lama beliau, termasuk Tuan Guru Presiden PAS (Abdul Hadi Awang).

“Perdana menteri berharap sangat ia (hubungan persaudaraan) berlaku antara beliau dan presiden PAS, selain sikap PAS dalam menangapi isu-isu yang dibangkitkan agar tidak mengagalkan usaha membina negara,” katanya kepada Malaysiakini.

Kata Ahmad Fadhli PAS tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak, sebaliknya pertembungan itu hanya melibatkan perbeza ideologi.

“Ada seruan untuk berdamai. Respon saya mudah sahaja, kita tidak pernah bermusuh, yang berlaku ialah perbezaan ideologi sahaja.



“Jika mengendurkan perbezaan itu dikira sebagai berdamai, molek juga.

“Cuma hendaklah dimasukkan semua sekali anggota pasukan yang berbeza pandangan itu. Bukan dipilih-pilih pihak-pihak tertentu sahaja,” katanya lagi.

Ahmad Fadhli yang juga anggota parlimen Pasir Mas juga menampakkan kesediaan PAS menerima situasi bahawa mereka adalah pembangkang.

“Berdamai tak semestinya semua menjadi kerajaan. Yang penting, tunaikan hak kepada yang berhak, bukan menafikan hak kemudian mengajak berdamai,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker