TikTokers ‘kentut’ di mikrofon kapal TLDM mohon maaf

Tangkap layar video permohonan maaf individu dipercayai menghina aset TLDM

 

SHAH ALAM – Pengguna di media sosial mengecam tindakan seorang ‘TikTokers yang dipercayai menghina aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Tinjauan Sinar Harian di media sosial mendapati kebanyakan netizen menganggap perbuatan itu biadab selain merendahkan kekuatan aset ketenteraan dimiliki TLDM.

Pemilik akaun Facebook Malaysia Military Power menyatakan terdapat sebuah video tersebar di media sosial beberapa hari lepas menunjukkan seorang individu membuat bunyi kentut di Kapal Diraja (KD) Selangor.



“Video individu terbabit telah menjatuhkan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya dan TLDM secara khusus.

“Semata-mata untuk mendapat ‘like’, individu itu sanggup menghina ATM,” ujarnya.

Kebanyakan pengguna di dalam ruangan komen di media sosial akaun Facebook tersebut turut menyatakan bantahan atas tindakan tidak bertamadun itu.

Bagi pemilik akaun Facebook Lordman Kerol, tindakan undang-undang perlu dikenakan kepada individu berkenaan kerana telah mencemarkan imej ATM.



“Harap ada tindakan dari Kementerian Pertahanan atau mana-mana agensi berkaitan. Kalau tak makin menjadi-jadi generasi macam ini dan ia memalukan negara,” ulasnya

Berkongsi pandangan sama, seorang lagi pemilik akaun Facebook bernama Mat Rangga memberitahu perkara sedemikian tidak boleh hanya sekadar meminta maaf sahaja tanpa sebarang tindakan.

“Perkara sebegini akan berulang jika tiada tindakan tegas diambil…fikiran mereka bahawa semuanya boleh selesai dengan hanya meminta maaf,” katanya.

Selain itu, menjengah ke ruangan komen di TikTok, rata-rata orang ramai memberikan pandangan sama terhadap isu berkenaan.



“Mohon TLDM ambil tindakan tegas…ini mencalarkan imej TLDM,” komen pengguna akaun TikTok bernama mohdasifsabtu.

“Harap kenakan tindakan tegas sebagai pengajaran untuk semua,” luah pengguna akaun TikTok bernama Perulai.

Sementara itu, difahamkan individu terbabit telah membuat permohonan maaf menerusi video berdurasi 31 saat yang dimuat naik di akaun TikToknya.

“Assalammualaikum semua… pada video kali ini saya mahu buat pengumuman berkenaan video kapal TLDM yang telah ditutup dibuat pada 30 April 2023 sempena ulang tahun TLDM ke-89 di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.



“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada pihak TLDM berkenaan ‘content’ yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk merendahkan kekuatan aset TLDM.

“Saya berharap agar video tersebut turut dipadam agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan perdebatan lagi di masa hadapan,” ujarnya.

Perkongsian video permohonan maaf itu tular dengan 1 juta tonotona; 21,900 tanda suka manakala ruangan komen pula ditutup.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker