Konvensyen Nasonal Kerajaan Perpaduan, 19 parti perlu segerakan keserasian – TPM

KUALA LUMPUR – Semua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menyegerakan keserasian bagi memperkukuhkan lagi hubungan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung hari ini merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian itu.

“Mulai hari ini, kita ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, keserasian dengan pelbagai parti yang lain, 19 parti semuanya harus dipercepatkan keserasiannya,” kata Presiden UMNO itu.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas Presiden UMNO bersama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak pagi ini.

Kemuncak konvensyen bertemakan ‘Madani: Mengangkat Agenda Rakyat’ adalah amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum berakhir dengan pelancaran Tekad Bersama.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta semua pemimpin parti berkenaan di pelbagai peringkat jawatan di Bahagian supaya mengetepikan segala perbezaan yang timbul sebelum ini terutama semasa pemilihan sesi 2023-2026.



Mengambil contoh ‘biduk lalu kiambang bertaut’, Pengerusi Barisan Nasional itu berkata perumpamaan berkenaan perlu dijadikan pegangan ahli UMNO bagi mengukuhkan kedudukan dan memperkasakan parti dalam menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

“Kita mahu menghadapi PRN di enam negeri, maka jentera harus digerakan dari sekarang dan yang lebih penting menyantuni pengundi tanpa parti politik,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker