Polis siasat video pasangan beromen di tepi kubur

Polis sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan satu pasangan remaja melakukan maksiat dekat kubur Tanah Kusir Kebayoran Lama, Jakarta Selatan. – Foto Istimewa

Polis sedang melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan sepasang remaja duduk beromen di atas motosikal dekat kawasan perkuburan Tanah Kusir, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, lapor laman berita Serambinews hari ini.

Siasatan dilakukan selepas rakaman video tersebut tersebar menerusi laman media sosial. Terdapat dakwaan bahawa kejadian tersebut berlaku pada waktu siang pada bulan Ramadan lalu.

Ketua Tanah Perkuburan Awan (TPU) Kusir, Gunawan turut mengesahkan berlakunya perbuatan tersebut.

Namun, Ketua Polis Kebayoran Lama, Widya Agustiono mengaku belum mendapat maklumat berhubung perbuatan tidak senonoh tersebut.



Namun, katanya, pihaknya akan melakukan siasatan terlebih dahulu.

“Kita akan memeriksa dulu, apakah benar kejadian itu berlaku di sana,” ujar Widya ketika dihubungi pada Khamis lalu.

Menurutnya, polis juga akan melakukan siasatan sama ada video pasangan tersebut melakukan maksiat kerana dalam rakaman video tersebut, ia tidak menunjukkan perbuatan berkenaan dengan jelas. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker