Kerana OPR, pembeli rumah berhutang RM66 bilion

 

Kadar faedah yang melambung tinggi menyebabkan pembeli rumah di Britain terpaksa membuat bayaran tambahan sebanyak £12 bilion (RM66.66 bilion), demikian menurut sebuah kumpulan pemikir seperti laporan akhbar The Guardian.

Kumpulan pemikir Yayasan Resolution dalam laporannya menyatakan, kenaikan kadar faedah sebanyak 12 kali oleh bank pusat iaitu Bank of England sejak Disember 2021 menyebabkan pembeli rumah dibebani bayaran tambahan £4.2 bilion (RM23.33 bilion).



Mereka dijangka terpaksa membuat bayaran tambahan kira-kira £8 bilion (RM44.44 bilion) dalam masa beberapa tahun berikutnya berdasarkan jangkaan kadar faedah akan terus meningkat.

Perkembangan itu menyebabkan lebih 1.6 juta pembeli rumah dijangka terpaksa membayar kadar faedah tambahan sekitar £2,300 setahun (RM12,776).

Namun, ekonomi UK berada di belakang Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan negara-negara Kumpulan 7 (G7) selepas penguncupan yang tidak dijangka sebanyak 0.3 peratus berlaku pada Mac lalu. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker