Shuhada alami keguguran akibat tekanan

Shuhada alami keguguran akibat tekanan

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan punca dirinya mengalami keguguran anak ketiga adalah akibat tekanan.

Nurul Shuhada malah menjelaskan dia mempunyai laporan doktor bagi mengesahkan punca keguguran tersebut.



“Shu ada bukti laporan perubatan keadaan Shu dan macam situasi yang dia letakkan sebabkan Shu alami tekanan.

“Biar bukti yang sokong Shu dan bukan skrip yang dia reka. Dia mana faham, tak duduk tempat Shu. Dia tak rasa akibat perbuatan dia, Shu alami semua ini,” tulisnya dalam Instagram, sebentar tadi.

Nurul Shuhada memaklumkan dia baru mengambil tindakan untuk memberikan penjelasan sebenar selepas pihak polis memaklumkan siasatan kes tersebut selesai dan diklasifikasikan sebagai tiada kes.

Ibu dua anak ini malah meminta suaminya berhenti daripada berlakon seolah-olah menjadi mangsa keadaan.



Katanya, Hafidz juga berusaha mendapatkan laporan mental sebagai pembelaan sewaktu perbicaraan kes jenayah bermula.

“Dia bukan mangsa dan tak juga dimangsakan. Jadi berhenti macam dimangsakan.

“Apa entah lagi tindakan selepas ini. Episod Mahkamah Syariah yang panjang, entah apa lagi laporan polis akan datang. Sekarang ini, macam-macam strategi. Shu hadap semua,” luahnya.

Selasa lalu, Hafidz memaklumkan sudah membuat dua laporan polis berhubung keguguran kandungan dialami isterinya selepas mendakwa wanita itu menyatakan hasrat berbuat demikian.



Hafidz berkata, dia menghalang hasrat tersebut dan bersedia untuk bertangunggjawab terhadap kandungan isterinya itu selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada isterinya.

Shuhada ketika itu, enggan mengulas perkara tersebut kerana masih dalam siasatan pihak polis. Utusan

Shuhada alami keguguran akibat tekanan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker