Sazwan Marzuki maut disengat tebuan

 

KULIM – Seorang pemilik kedai peralatan perkakasan meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam satu kejadian di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.35 petang itu, mangsa Muhammad Sazwan Marzuki berusia 28 tahun mengadu bahagian kepalanya sakit akibat disengat tebuan.



Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, serangan tebuan disyaki telah berlaku semasa si mati mengendalikan jentera jengkaut yang lama tidak digunakan di mana terdapat sarang tebuan tanah di jentera tersebut.

Katanya pada awal kejadian, abang mangsa bersama seorang kawan telah membawa mangsa ke sebuah klinik swasta di Taman Jaya Padang Serai untuk rawatan awal.

“Namun pihak klinik mengarahkan abang mangsa untuk segera membawa ke wad kecemasan Hospital Kulim,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sarang tebuan pada jentera jengkaut yang digunakan mangsa.

Menurut Mohd. Redzuan setelah sampai di Hospital Kulim, mangsa diberi rawatan di zon merah bahagian kecemasan, tetapi doktor yang merawat kemudianya mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia.



Ujarnya, anggota Balai Polis Padang Serai sampai melawat mangsa di Hospital Kulim dan menjalankan siasatan serta risikan ke atas keluarga mangsa bagi memastikan kematian mangsa bukan disebabkan kejadian jenayah.

Menurutnya, bedah siasat telah dijalankan pada hari ini kira-kira pukul 10.45 pagi oleh doktor pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.

Tambahnya hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘pending to the lab analys’.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker