Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah

Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah

Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah

ALLAHYARHAM Siti Sarah sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidup saya,” kata pelawak dan penyampai radio, Shuib.

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, 39, turut berharap netizen di laman sosial untuk berhenti membuat perbandingan antara arwah isterinya dengan tunangnya kini iaitu Watie Hanifiah.

“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya… Watie pun tahu perkara itu. Jadi, perbandingan itu tidak sepatutnya. Sebab kita kena terima realitinya.

“Dan tidak adil juga untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia… dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya kepada Gempak.Baca Artikel Menarik:

Shuib ditemui di majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya iaitu Indigital yang berlangsung di Bandar pada malam Selasa.


Baca Artikel Menarik:

Uwais terakhir bagi persetujuan – Shuib

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun


Mengulas mengenak kecaman netizen terhadapnya, Shuib berkata, segala keputusan yang dibuat adalah untuk anak-anaknya.

“Kalau orang nak kecam saya, kena berbalik kepada niat untuk berkahwin. Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja.

“Saya ada tanggungjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik,” ujarnya.

Shuib selamat bertunang dengan Watie dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada Sabtu.

Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.


Baca Artikel Menarik:

Farid ceria bersama Fathia


Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.

Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker