Saarani kata video isu tanah rizab melayu dimanipulasi

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu berkenaan, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebencian.

“Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin parti politik yang menggunakan video yang diedit itu untuk melemparkan kecaman dan maki hamun. Maki hamun yang dilemparkan pula tidak bersandarkan fakta dan hujah yang benar,” katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini.



Beliau turut menyertakan video asal sidang media berhubung isu itu pada 12 April lepas.

Saarani berkata beliau berharap pihak berkenaan supaya bermuhasabah, cermat dan berhati-hati memainkan isu yang boleh mengundang kekeliruan serta kebencian.

Beliau sebaliknya berkata usaha untuk menambah jumlah tanah rizab Melayu di Perak terus dipertingkatkan sehingga jumlahnya merekodkan peningkatan saban tahun.

Katanya setakat tahun lepas, sejumlah 953,075 hektar Tanah Rizab Melayu telah diwartakan di Perak.



“Jumlah ini dijangka meningkat kerana ketika ini Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang mewartakan 996.04 hektar lagi kawasan Tanah Rizab Melayu yang akan diberikan hak milik kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

“Pada masa sama, saya telah arahkan PTG supaya jika terdapat keluasan tanah tertentu yang dibatalkan status rizab Melayu disebabkan pembangunan, ia mesti diganti dengan nilai setimpal atau keluasan sama atau lebih,” katanya.

Menurutnya beliau konsisten dengan pemansuhan tanah rizab Melayu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenang sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan pembangunan kemudahan awam seperti pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya.

“Saya maafkan semua yang mencerca dan memaki hamun kerana saya mahu bersangka baik mereka tidak tahu cerita sebenar.



“Kepada pihak yang edit video saya semata-mata untuk menimbulkan amarah dan kebencian, saya mendoakan moga diberi hidayah oleh Allah SWT untuk selalu dijernihkan hati melakukan kebaikan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker