Pasangan gay amal seks ketika HIV positif akan dihukum mati

KAMPALA: Parlimen Uganda meluluskan rang undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang membenarkan pelaksanaan hukuman mati bagi golongan lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis apabila menghidap jangkitan HIV positif.

Sebelum ini, rang undang-undang itu dikecam hebat oleh Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila pertama kali diterima pakai pada Mac lalu.

Lapor Daily Mail, rang undang-undang baharu itu menetapkan hukuman mati bagi kesalahan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual) yang teruk.



Rang undang-undang itu juga menetapkan hukuman penjara 20 tahun kerana `menggalakkan homoseksual’.

Para aktivis berpandangan langkah itu secara praktikal melanggar sebarang advokasi yang menyokong hak LGBTQ.

Rang undang-undang itu kini diserahkan kepada Presiden Yoweri Museveni untuk ditandatangani, sama ada ia diluluskan sebagai undang-undang atau sebaliknya.

Museveni yang lantang menentang hak LGBTQ, memberi isyarat merancang untuk menandatangani rang undang-undang itu sebaik sahaja beberapa perubahan tertentu dilakukan.



Difahamkan, pemimpin itu menyokong pindaan rang undang-undang lama dengan langkah-langkah untuk `memulihkan’ golongan gay.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada rang undang-undang baharu ini memenuhi permintaannya.

Undang-undang itu dipinda untuk mengambil maklum bahawa ia mengenal pasti LGBTQ bukanlah satu jenayah.

Ia juga menyemak semula langkah yang mewajibkan orang ramai melaporkan kejadian aktiviti homoseksual, dengan hanya memerlukan pelaporan apabila kanak-kanak terlibat.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker