Treler bawa 6 Proton baharu terbalik, pemandu parah [VIDEO]

Seorang pemandu treler yang membawa muatan enam buah kenderaan mengalami kecederaan parah di kepala selepas terbabas dan hilang kawalan sebelum tercampak dalam kemalangan di Kilometer 263.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada pukul 10.15 pagi itu berlaku apabila pemandu treler seorang lelaki berusia 49 tahun sedang membawa muatan enam buah kereta jenama Proton pelbagai jenis yang belum didaftarkan.

“Mangsa seorang diri sedang bergerak dari arah Tanjung Malim menuju ke Johor Bahru.



“Apabila tiba di lokasi kejadian, treler yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan mangsa tercampak keluar dari treler yang dipandunya.

“Sebanyak tiga buah muatan kereta yang dibawa turut tercampak jatuh di atas jalan raya.

“Akibat kemalangan, pemandu treler mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan sedang menerima rawatan di zon merah,” katanya



 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker