Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut

Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut

JOHOR BAHRU: Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee di sini terjejas akibat ribut petang tadi.

Adun Larkin Hairi Mad Shah, berkata antara kerosakan melibatkan bumbung rumah dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Dewanraya Kampung Melayu Majidee dalam masa terdekat bagi menempatkan penduduk terjejas.

“Ini perlu kerana rumah yang rosak itu tidak selamat untuk didiami, ada bumbung yang terbuka luas, jadi kami ambil keputusan buka satu PPS dan galakkan mangsa pindah sementara… Kami akan berusaha dapatkan peruntukan bantuan di peringkat negeri dan pusat.

“Saya sendiri sudah menghubungi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau memberi maklum balas positif berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa yang terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri itu, berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat serta mengenal pasti jumlah kerugian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru dalam kenyataan memaklumkan tiga kereta rosak kerana dihempap pokok akibat ribut, pada 2.48 petang.

Menurut sekretariat itu, laporan mengenai insiden tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. FMT

Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker