“Ini kapal terbang bapak kau ke?” Penumpang biadap dikecam

 

Penumpang itu meletakkan kakinya yang berbau di atas tempat duduk di hadapannya. – Reddit

Seorang penumpang sebuah pesawat dikecam selepas gambar dia meletakkan kaki di atas tempat duduk di hadapannya tular di media sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Gambar itu dimuat naik dalam akaun Reddit @seefooddiet2200.

Penumpang yang tidak bertimbang rasa itu didapati meletakkan kakinya yang dipakaikan stokin pada penyandar kepala tempat duduk di hadapannya.

Lebih memburukkan keadaan apabila lubang udara berdekatan tempat duduk itu bertiup tepat di atas kakinya yang berpotensi menyebarkan bau busuk ke seluruh pesawat.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya akan menjadi orang yang memberitahunya bahawa kakinya berbau dan meminta dia menurunkannya demi semua orang,” kata seorang netizen.

“Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk berkelakuan di khalayak ramai dan mereka juga tidak tahu tingkah laku mereka memberi kesan kepada orang di sekeliling. Hanya mementingkan diri sendiri,” komen netizen lain. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker