Bahan letupan buatan sendiri meletup depan kedai

Bahan letupan buatan sendiri meletup depan kedai

Tiga paip Polyvinyl Chloride (PVC) yang diubah suai menjadi bahan letupan meletup dalam kejadian di hadapan premis kedai di Tiara Mutiara 1 Off Jalan Puchong, Jalan Klang Lama, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu menyebabkan pemilik kedai terlibat membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil siasatan menemui tiga paip PVC warna putih yang diubah suai menjadi bahan letupan.

Menurut beliau, pemeriksaan pada paip PVC itu menemukan alat bahan letupan buatan sendiri (IED) kawalan jauh.

“Siasatan pihak bomba, Unit Pemusnah Bom serta Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjumpai serpihan letupan di tempat kejadian dan tiga kesan cap jari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan pergerakan imej dua individu.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Utusan

Bahan letupan buatan sendiri meletup depan kedai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker