Orang terima hukuman ada hak terima pengampunan – Anwar

Orang terima hukuman ada hak terima pengampunan – Anwar

Setiap individu yang dijatuhkan hukuman ada hak untuk diampunkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, setiap permohonan yang dilaksanakan akan diteliti terlebih dahulu sebelum Lembaga Pengampunan pertimbang berhubung suatu pengampunan.



“Setiap orang yang dijatuhkan hukuman, ada hak untuk membuat permohonan pengampunan.

“Dengan setiap permohonan itu disemak berlandaskan asas selayaknya tanpa prejudis,” katanya kepada ketika ditemui selepas menyampaikan amanat Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu permohonan pengampunan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Media sebelum ini melaporkan, UMNO yakin Lembaga Pengampunan akan memilih waktu paling sesuai bagi membincangkan agenda pengampunan bekas Najib.



Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku sekretariat kepada Lembaga Pengampunan akan menguruskan perkara itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh BHEUU JPM kelak. Utusan

Orang terima hukuman ada hak terima pengampunan – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker