Khairy patut masuk DAP, parti perlu calon PM – Kian Ming
Khairy patut masuk DAP, parti perlu calon PM – Kian Ming
Bekas pemimpin Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan patut menyertai DAP, kata Ong Kian Ming.
Bekas anggota parlimen Bangi berkata parti mereka memerlukan calon perdana menteri.
“Kamu berdua sesuai,” kata Ong semasa sesi soal jawab yang disiarkan melalui Youtube tengah hari ini.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Khairy sama ada dia patut menyertai DAP.
Jawapan itu kemudian disambut dengan ketawa Shahril.
Mereka membincangkan isu semasa, termasuk ‘percutian’ mereka daripada pentas politik, dalam podcast ‘Keluar Sekejap’.
Ketika awal sesi, Khairy yang merupakan bekas ahli parlimen Rembau menyuarakan hasratnya untuk benar-benar bersara daripada politik.
Hal itu dibangkitkan ketika di menceritakan betapa ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, begitu ramai saudara-mara dan rakan yang bertanya tentang perancangan masa depannya, termasuk jika dia akan bertanding lagi dalam pilihan raya.
“Saya tepis (soalan) dengan kata saya bersara dah,” katanya kepada Shahril.
“Saya noktahkan saja. Tak ada aksi kedua, tak ada Michael Jordan bahagian dua.
“(Sebelum ini) ramai yang tanya betul ke anda nak bertanding dalam PRN, (ketika itu) saya kata 80-20. Sekarang ini 90-10 – 90 peratus akan bersara,” katanya lagi.
Pada Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk memecat Khairy dan ahli MKT Noh Omar atas dakwaan melanggar disiplin ketika PRU15.
MKT turut memutuskan untuk menggantung keahlian beberapa pemimpin lain, termasuk Shahril, atas sebab yang tidak dinyatakan secara khusus.
Sementara itu, Ong turut mencadangkan agar Shahril masuk ke dunia korporat dan membina reputasinya sebelum kembali ke pentas politik.
Untuk Khairy pula, dia mencadangkan bekas menteri kesihatan itu untuk menyertai pertubuhan antarabangsa seperti agensi di bawah PBB atau badan pemikir antarabangsa.
“Anda boleh pergi dapatkan pengalaman dan wibawa sebagaimana yang pernah dilakukan beberapa bekas PM sebelum ini. Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim pernah dipecat (parti).
“Mungkin selepas itu, ada peluang untuk anda kembali dengan pengalaman yang bertambah. Saya rasa kebanyakan pengundi dan rakyat Malaysia mengalu-alukan langkah ini,” katanya lagi yang kini fokus pada bidang akademik. Mk
Khairy patut masuk DAP, parti perlu calon PM – Kian Ming
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Sebak Baca Ucapan Terakhir Meerqeen
- Baik, buruk dia suami saya – isteri Hattan
- Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan
- Takiyuddin, Hamzah jumpa Anwar
- Sandiwara politik pengecut – Johari
- Bayi dilahirkan dengan dua zakar
- Ashraf Muslim Sambut Raya Bersama Dua Isteri, Ini Respon Netizen
- Bagaimana mahu ampun jika kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”
- Ibu bapa anggap MRSM dan SBP jamin masa depan anak-anak
- Hattan terima ugutan bunuh dan santau
- Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan
- “Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso” – Hattan
- Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET