Kematian kanak-kanak 12 tahun di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Menurut Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohtar Pungut, punca kematian adalah disebabkan Septic Shock secondary to Meningoencephalitis (jangkitan pada otak).

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kematian seorang kanak-kanak berumur 12 tahun di Kluang Johor bukan disebabkan strok haba seperti dilaporkan dalam media.

Sebaliknya menurut Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohtar Pungut, punca kematian adalah disebabkan Septic Shock secondary to Meningoencephalitis (jangkitan pada otak).

Tegasnya, siasatan yang dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati bahawa kanak-kanak itu telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas demam panas sehari sebelum selain mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dr Mohtar mewakili JKNJ merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Airiel Syahren, Syahrol Azmi meninggal dunia selepas kanak-kanak itu mengalami sawan dan demam panas.

Kematian kanak-kanak 12 tahun di Kluang bukan disebabkan stroke haba

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker