Usah layan pengingau, gerakan guling kerajaan tak berasas – Anwar
Usah layan pengingau, gerakan guling kerajaan tak berasas – Anwar
Anwar Ibrahim tidak mahu melayan khabar angin berhubung gerakan menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinannya yang disifatkannya tidak berasas.
Perdana menteri mahu semua jentera kerajaan memberi tumpuan penuh kepada tugas utama untuk membangunkan negara dan rakyat.
“Kalau dia tak ada komplot, dia kerja apa? Dia jalankan tugas dia, tiap bulan dia ada strategi dia. Insya Allah, setakat yang kita pantau keadaan (kerajaan perpaduan) cukup kuat.
“Apa yang penting, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta lain-lain cukup kuat dan jelas, jadi kita tumpu kerja.
“Jangan layan pengingau-pengingau ini,” katanya selepas menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di sini.
Spekulasi timbul sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen, yang sebelum ini menyokong Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri selepas PRU15, merancang gerakan menjatuhkan kerajaan dengan mengosongkan kerusi mereka dan keluar parti bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.
Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dilaporkan berkata, parti itu akan memastikan tiada Ahli Parlimennya berpakat untuk menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
Susulan itu, beberapa Ahli Parlimen PN turut menepis dakwaan gabungan itu terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan persekutuan, dengan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dipetik Sinar Harian berkata, tumpuan PN ialah persiapan menghadapi PRN.
Mengenai permohonan pengampunan diraja untuk Najib Razak, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata, setiap individu yang dijatuhi hukuman penjara berhak membuat rayuan kepada Agong.
“Kita perlu mengambil kira kes itu dan menyemak semula dengan penuh belas kasihan, secara profesional tanpa prejudis,” katanya sambil mengulangi Lembaga Pengampunan tidak membincangkan pengampunan bekas perdana menteri dalam mesyuarat terakhir. FMT
Usah layan pengingau, gerakan guling kerajaan tak berasas – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen
You must be logged in to post a comment.