Kabinet akan bincang gesaan naik caruman KWSP bahagian majikan
Kabinet akan bincang gesaan naik caruman KWSP bahagian majikan
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, gesaan menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan akan dibincangkan Jemaah Menteri.
Katanya, sebarang keputusan mengenai kadar caruman KWSP akan membawa impak.
“Yang itu (gesaan menaikkan kadar caruman KWSP) ada dikemukakan, tetapi kita belum rujuk ke Jemaah Menteri.
“Kita akan bincang dulu. Ia membabitkan keputusan dasar. Ia ada kesan kepada kerajaan, majikan dan rakyat,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja 2023 di sini.
Semalam, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13% kepada 20%.
Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal dipetik Sinar Harian berkata, ia satu daripada 12 perkara dicadangkan UNI-MLC untuk kerajaan dan majikan tangani segera sebagai hadiah sempena Hari Pekerja 2023.
“Kenaikan tersebut perlu dalam memastikan pekerja yang mahu bersara kelak mempunyai simpanan secukupnya mengikut keadaan semasa dalam KWSP mereka,” katanya semalam.
Dalam perkembangan lain, Anwar memberi jaminan kerajaan akan menilai semula gaji penjawat awam, khasnya di peringkat rendah.
Katanya, kenaikan gaji penjawat awam merupakan keutamaan kerajaan, jika hasil negara menunjukkan trend peningkatan.
“Bagi saya tempoh setahun, kalau ada trend peningkatan hasil, yang pertama (akan dilaksanakan) adalah upah penjawat awam. Selain itu, segala bonus atau apa saja kemudahan, termasuk kesihatan, yang harus dibantu, kita akan segerakan.”
Gaji minimum
Anwar berkata, isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan Jemaah Menteri bulan depan untuk mencari penyelesaian sepenuhnya.
Katanya, pelaksanaan gaji minimum masih sukar dilaksanakan.
“Sebab itu, dalam mesyuarat Jemaah Menteri bulan depan, kita nak selesaikan ‘once and for all’.”
Perintah gaji minimum dengan kadar RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei 2022 untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang mempunyai lima pekerja atau lebih.
Bagi majikan kurang daripada lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Jan lalu kepada kepada 1 Julai ini. FMT
Kabinet akan bincang gesaan naik caruman KWSP bahagian majikan
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.