Khairy tiada dalam senarai calon PRN PAS Selangor

Khairy tiada dalam senarai calon PRN PAS Selangor

PAS Selangor mengesahkan nama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tiada dalam senarai calon parti itu pada PRN nanti.

Setiausahanya Roslan Shahir berkata pihaknya hanya menyenaraikan dan mempertimbangkan individu berasal dari Selangor sebagai calonnya.



Terdahulu, beliau dipetik berkata nama bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau juga tiada dalam senarai calon PAS untuk PRN Selangor.

“PAS Selangor sudah kenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRN nanti, tetapi nama mereka (Shahidan dan Khairy) tidak dibincangkan,” katanya menurut Berita Harian.

Menurut Roslan, tiada perbincangan juga dilakukan berhubung perkara itu antara PAS dan Perikatan Nasional (PN).

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dipecat Umno pada 23 Jan lalu dan tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.



Shahidan pula bertanding atas tiket PN selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum itu. FMT

Khairy tiada dalam senarai calon PRN PAS Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker