Dhabitah matang, tegas buat hati Jiggy Masin terpaut
PETALING JAYA – Pelawak Jiggy Masin menyifatkan isterinya yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sebagai seorang wanita yang matang namun sangat tegas.
Ciri-ciri tersebut yang membuatkan dirinya jatuh hati dengan wanita bertubuh genit itu sekali gus nekad menjadikannya permaisuri hati.
“Walaupun usianya masih muda, tapi Dhabitah seorang wanita yang matang. Dia juga tegas dalam membuat keputusan selain rajin bertanya.
“Dia bukan jenis main ‘langgar’ sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, Jiggy Masin atau nama sebenarnya, Mohammad Aizat Ahmad Nazri mendedahkan sudah selamat bernikah dengan Dhabitah pada Jumaat lalu.
Jiggy, 33, ketika dihubungi Kosmo! Online berkongsi rasa syukur atas pernikahannya buat kali kedua itu bersama ratu terjun negara, dan meminta maaf kepada peminat kerana merahsiakan pernikahan tersebut.
“Alhamdulillah saya kini bergelar suami kepada Dhabita. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan ini.
“Saya cuma tidak ingin hebohkan kerana mahu menjaga amanah dan janji kedua-dua belah pihak. Selagi belum sah, saya pun tidam berani untuk kongsikan apa-apa,” katanya kepada Kosmo! Online.
Berkongsi detik perkenalan bersama penerjun negara berusia 23 tahun itu, Jiggy berkata mereka mula rapat selepas terlibat dalam sebuah sesi fotografi, lebih setahun lalu.
“Kenal masa terlibat dalam satu sesi fotografi beberapa tahun lalu. Selepas beberapa bulan kemudian, kami terjumpa di set penggambaran dan mulai rapat. Lebih setahun setengah jugalah kami berkenalan,” jelasnya.
Tentang bulan madu, Jiggy berkata, dia terpaksa menangguhkan dahulu perancangan tersebut kerana isterinya bakal terlibat dengan persediaan menghadapi beberapa temasya sukan besar pada tahun ini.
Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET