Kerajaan negeri mesti seiring dengan Persekutuan – Mahdzir

Kerajaan negeri mesti seiring dengan Persekutuan – Mahdzir

Kerajaan negeri mesti mempunyai hala tuju yang seiring dengan kerajaan Persekutuan bagi memudahkan urusan pentadbiran dan rakyat, kata Ketua Umno Kedah, Mahdzir Khalid.

Katanya, urusan pentadbiran pasti sukar sekiranya kerajaan negeri sering bergaduh dengan kerajaan Persekutuan atau Putrajaya.



“Tak sampai 100 hari lagi pilihan raya negeri bakal diadakan. Saya ajak rakan-rakan sekalian untuk melihat bagaimana kerajaan perpaduan yang ada di Putrajaya menguruskan kerajaan,” katanya ketika berucap di Himpunan Madani Kedah 2023 di Alor Setar.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Mahfuz Omar dalam ucapannya membidas segelintir pihak yang menganggap penganjuran majlis rumah terbuka Malaysia Madani bersama perdana menteri esok sebagai suatu pembaziran serta pencabulan maruah negeri.

“Ada peluang untuk orang-orang Kedah ni untuk beraya dengan perdana menteri. Tapi ada orang rasa tak seronok bila perdana menteri nak beraya di sini. Ada orang dia tak seronok kata membazir. Ada juga orang gelisah sampai kata majlis ini mencabul maruah negeri.

“Tengok, macam mana jiwa besar ke bawah duli Tuanku Sultan Kedah. Esok dia nak mari ni, cuba tengok bagaimana pemikiran tuanku, dia sangat menyambut baik perdana menteri nak mari ke Kedah,” katanya.



Tambahnya, ini peluang untuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim melihat mana kekurangan dan kelebihan Kedah yang perlu dibantu dan dilonjakkan supaya seiring dengan kerajaan persekutuan.
FMT

Kerajaan negeri mesti seiring dengan Persekutuan – Mahdzir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker