Beri mandat Kerajaan Perpaduan di Kedah, masalah air akan selesai

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu gangguan bekalan air di Kedah sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tahu masalah air tidak selesai… kita tidak mahu air ‘teh susu’ di Kelantan dah jadi ‘kopi susu’, betul? Kita tidak mahu Kedah pun jadi kopi susu.

“Berapa banyak (kawasan) di Kedah ini (pada) waktu raya ini tak cukup air? Betul?



“Insya-Allah, kalau kerajaan (negeri) ini di bawah Kerajaan Perpaduan, masalah air perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan selesaikan… sebab perdana menteri juga menteri kewangan.

“Kalau beliau lupa, saya akan ingatkan tolong rakyat Kedah,” katanya ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Madani Kedah 2023 di Dataran Stargate, di Alor Setar, malam tadi.

Selain Perdana Menteri, turut hadir ialah beberapa Menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan membantu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dalam usaha memajukan semula Kedah.



“Begitu juga masalah perumahan dan tanah di Kedah, saya tahu masalah ini

“Insya-Allah, Datuk Seri Anwar bagi tanggungjawab kepada saya (untuk) jaga kampung, jaga desa, saya tidak akan pernah untuk tidak melaksanakan amanah ini.

“Insya-Allah, kementerian ini (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) akan membantu orang kampung sama ada orang Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli untuk kepentingan negeri Kedah dan untuk kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kombinasi baik yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu dipertahankan demi kestabilan politik.



Dalam pada itu, sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno, beliau turut mengulangi pendirian parti untuk terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri meskipun terdapat pelbagai cabaran.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker