Rumah Terbuka Madani, Sanusi dijemput – PM
SUNGAI BULOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dijemput pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah esok.
Anwar berkata, Muhammad Sanusi telah dijemput bagi menghadiri majlis berkenaan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
“Tak apalah saya sebelum ini juga tidak pernah menjawab Menteri Besar Kedah…biar keadaan tenang sedikit…bulan Syawal ini juga kita perlu mengeratkan silaturahim.
“Saya difahamkan beliau dijemput oleh pihak penganjur (Saifuddin) …kerana Tuanku (Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) berangkat pada majlis berkenaan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai undangan Muhammad Sanusi ke majlis berkenaan yang berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar esok.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Sanusi akan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri bagi mengiringi Sultan Sallehuddin di sebuah hotel.
Katanya, walaupun belum menerima sebarang jemputan rasmi atas kapasiti sebagai Menteri Besar, beliau memberitahu akan tetap menghadiri majlis itu bagi mengiringi Sultan Kedah sekiranya baginda berkenan menghadirinya.
Mengulas mengenai persiapan Anwar berkata, segala bentuk persiapan telah diatur mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Anwar turut menyangkal dakwaan penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam buah negeri sebagai suatu pembaziran.
Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, kos penganjuran majlis berkenaan adalah bagi menyantuni rakyat selain dapat berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.
“Kerajaan dimana-mana akan buat (rumah terbuka) untuk rakyat bukan membazir, beri makan rakyat bagi saya tidak membazir,” ujarnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.