Lelaki warga Australia pergi ke Masjid komplen bunyi bising berakhir dengan memeluk Islam

Seorang lelaki warga Australia dikenali sebagai Brian (kanan) memeluk Islam selepas dia pergi ke masjid untuk mengadu tentang bunyi bising solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Gold Coast pada Sabtu lalu.

Seorang warga emas Australia yang pergi ke masjid untuk mengadu tentang solat sunat Hari Raya Aidilfitri terlalu bising akhirnya memeluk Islam di masjid sama Sabtu lalu, lapor portal berita Doha News hari ini.

Insiden menyentuh hati dirakam menerusi video itu menunjukkan lelaki tersebut mengisytiharkan agama baharunya dalam bahasa Inggeris dan Arab sebelum menangis.

Haj Hussin Goss iaitu seorang pendakwah aktif di Australia, berkongsi klip video itu dalam akaun Facebooknya dan menulis: “Selamat datang saudara kita yang masuk Islam pada hari raya ini. Saudara ini datang mengadu bunyi bising pagi ini (Sabtu) pada hari raya dan pulang sebagai seorang muslim. Allah Maha Besar.”

Hussin berkata, lelaki bernama Brian yang tinggal di rumah penjagaan warga emas dekat Masjid Gold Coast datang mengadu kepadanya tentang bunyi kuat solat sunat hari raya yang kedengaran menerusi pembesar suara.



Beliau kemudian duduk bersama Brian selama 10 hingga 15 minit dan bercakap dengannya.

Selepas pertemuannya dengan pendakwah itu, warga emas tersebut kemudian membuat keputusan sukarela untuk menganut agama Islam.

Klip itu kemudiannya menunjukkan Hussin mengucapkan dua kalimah Syahadah dan Brian mengulanginya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker