Anwar PM paling teruk jika gagal tunai janji reformasi – Suaram
Anwar PM paling teruk jika gagal tunai janji reformasi – Suaram
Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri paling teruk jika gagal menunaikan janji reformasi yang telah dibuat Pakatan Harapan (PH) selama ini, kata kumpulan hak asasi manusia Suaram.
Menyifatkan kerajaan lambat dalam memperkenalkan dasar berkaitan melindungi hak asasi manusia, pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy mempersoalkan tekad politik kerajaan untuk mengubah undang-undang zalim dan kuno di negara ini.
Dia memberitahu pemberita petang ini bahawa mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada Anwar, yang telah menjadi mangsa kezaliman polis dan mangsa penahanan tanpa bicara, untuk melakukan sesuatu sekarang ketia dia mempunyai kuasa.
“Jadi, sebagai bekas mangsa, (dan dikenali sebagai) Bapa Reformasi, harapan itu (tinggi).
“… apa yang kita nak lihat antara menteri sebelum ini dan perdana menteri sekarang, saya nak kata Anwar adalah pilihan yang lebih baik berbanding PM sebelum ini, kerana agenda reformasi dan latar belakangnya.
“Tetapi dengan latar belakang itu, jika dia gagal melaksanakannya, dia akan menjadi perdana menteri yang paling teruk. Kerana perdana menteri sebelum ini tidak banyak memberikan janji dari segi reformasi dan semua itu,” katanya semasa persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur untuk melancarkan Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia Suaram 2022 hari ini.
Sevan diminta pandangannya terhadap pentadbiran persekutuan pimpinan Anwar, termasuk sama ada Suaram berpuas hati dengan usaha hak asasi manusia yang telah diambil oleh kerajaan sejak ia berkuasa pada November tahun lalu. Mk
Anwar PM paling teruk jika gagal tunai janji reformasi – Suaram
Baca Artikel Menarik:
- Culik lelaki depan hotel, 3 lagi suspek ditahan
- Bakal pengantin berbogel di tengah jalan raya
- Baru pulang umrah pakai gaun nampak paha
- Mahathir puji kecanggihan dan perkhidmatan MRT
- Ira Kazar Beraya Di Rumah Mentua?
- ND Lala muncul di rumah Kazar (Video)
- Apa Bung buat dengan Zizie?
- Ira Kazar kena sindir di majlis hari raya, “you jangan buat hal la” (Video)
- Khairul Aming dah berpunya? (Video)
- Lambat dapat makanan, wanita mengamuk curah kuah kari
- Isu skandal seks Exco Melaka, ini pendirian dan komen Ketua Menteri
- Mahkamah perlu ‘blacklist’ scammer, Aaron Aziz maksudkan siapa?
- Enot buntu cari RM18,000 bedah lutut
- Penyondol boleh bau duit – Ahmoi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami
You must be logged in to post a comment.