Dr Muhammad Radzi ganti Dr Noor Hisham

Dr Muhammad Radzi ganti Dr Noor Hisham

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baru berkuat kuasa Jumaat lepas, demikian umum Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Dr Muhammad Radzi, 58, yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), menggantikan Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada Jumaat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr Zaliha dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Dr Muhammad Radzi adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.

Dr Muhammad Radzi pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi dan menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran tersebut dari 2013 sehingga 2021.

“Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibilitinya mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh,” kata Dr Zaliha.

Dr Muhammad Radzi ganti Dr Noor Hisham

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker