Ibu Syamsul syukur perceraian tak berlaku hari ini

Ibu Syamsul syukur perceraian tak berlaku hari ini

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail bersyukur prosiding perceraian anaknya dengan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liana tidak berlaku seperti dirancang.

Patimah menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram Story (IGs) menganggap perancangan Allah adalah yang terbaik.



“Ya Allah, aku tetap bersyukur apa pun yang berlaku kerana perancangan mu adalah yang baik buat kami.

“Walaupun perkara itu tidak baik,” tulisnya.

Dalam satu lagi perkongsian, Patimah dilihat berkongsi foto cucunya, Summayah, 4, yang sedang berbaring dalam keadaan tidak sihat atas sambil menulis kapsyen menyayat hati.

“Summayah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya.



“Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah,” luah Patimah lagi.

Terdahulu, Patimah dilihat turut meluahkan kesedihan Puteri Sarah akan meraikan Aidilfitri di luar negara bersama cucu-cucunya.

“Hari Raya, Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!,” tulisnya.

Namun, perkara itu dinafikan Puteri Sarah.



Katanya, ibu mentuanya memaksudkan tahun lalu di mana dia dan anak-anaknya berhari raya di Makkah.

Justeru, kata Puteri Sarah, dia dan anak-anak akan meraikan Syawal bersama keluarga di tanah air.

Terdahulu, saman terhadap keluarga Ira Kazar enggan ditarik dan jumlah tuntutan nafkah anak daripada Puteri Sarah menjadi penghalang kepada Syamsul melafazkan cerai ketika prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.



Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker