Fasha Sandha – Berat badan turun 10 kilogram
Peminat bimbang tengok wajah cengkung
Fasha Sandha – Berat badan turun 10 kilogram
PEMINAT Fasha Sandha meluahkan rasa bimbang terhadap perubahan mendadak fizikal aktres berkaliber itu yang dilihat semakin kurus dan wajahnya kelihatan cengkung.
Malah menerusi foto yang diambil bersama suami, Aidil Aziz membuatkan peminat hampir tidak mengenali wajah Fasha yang kelihatan berbeza dan tidak seperti dirinya.
Kebimbangan itu diluahkan kerana merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Fasha malah ramai berharap pelakon itu tidak lagi cuba menurunkan berat badannya.
Pun begitu ada juga yang mengutuk perubahan drastik Fasha dengan mengatakan dia kelihatan tua berbanding usia sebenarnya meskipun berjaya mengurangkan berat badan.
Tidak mudah melatah dengan cakap-cakap netizen, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menjawab tuduhan dan kebimbangan peminat dan netizen dengan baik.
Baca Artikel Menarik:
- Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu
- Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
- Sami India Mahu Tawan Kota Mekah
Kata Fasha, dia sendiri tidak menafikan dia sudah berusia dan ia perkara biasa yang perlu dilalui oleh setiap manusia.
“Masa badan saya berisi orang kata saya mengandung, saya malu dan badan rasa berat. Sekarang saya rasa okey lepas berjaya turunkan 10 kilogram, Alhamdulillah.
“Saya memang dah berumur, tak boleh buat apa. Saya sudah berusia 39 tahun… takkan nak jadi 29 tahun balik?,” katanya.
Bagaimanapun Fasha menegaskan kesihatannya berada dalam keadaan baik dan minta peminat tidak bimbang selain berterima kasih kerana ramai mengambil berat tentang dia.
“Alhamdulillah awak, saya sihat jangan risau okay. Terima kasih kerana ambil berat,” ujarnya.
Baca Artikel Menarik:
- Emraz batal bayaran balik umrah tertangguh
- Baju Melayu ‘low’ kualiti, pemasaran bukan main gempak
- Diana Danielle lancar apa pulak tu
Sebelum ini Fasha pernah meluahkan rasa sedih apabila ada menyangka dia sedang hamil ekoran berat badannya yang meningkat.
Disebabkan kritikan itu, Fasha berkata, dia menjaga pemakanan dan bersenam kerana tidak mahu orang lain melemparkan kata-kata tidak baik kepadanya.
“Saya tak mengandung pun, hanya bulat sikit masa itu. Waktu itu pun baru lepas makan, jadi nampak macam perut buncit.
“Memang sedih bila orang body shaming saya tapi itu pemangkin semangat untuk kurangkan berat badan,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.